NAK KURUSKAN BADAN...?

Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Tuesday, 19 November 2013

Minggu penuh dengan ujian dan dugaan… Episod 3


Setelah berminggu-minggu dengan penuh cabaran kini tiba minggu penyelesaian… Alhamdullilah…berkat kesabaran yang kuat, dapat juga saya menempuh segala ringtangan dengan penuh siksa hanya Allah saja yang tahu. Hanya pada Allah saja tempat mengadu, hanya pada Allah saja ku pohon dipermudahkan urusan…




Hanya berdoa,bersolat yang tidak putus-putus minta keampunan,keredhaan dan diringankan bebad...




Kini puteri kesayagan kami telah masuk 11 bulan… seperti bulan-bulan sebelum ini, stiap kali bertukar bulan saya terpaksa menyesuaikan time barunya.. begitu juga pada bulan ini.. Saya akan cuba menyesuaikan time tidur,time menyusu, time main puteri ku itu dengan cepat.


Cepat saya dapat menyesuaikan diri saya, maka cepatla saya dapat mengatur jadual harian saya.. Masa untuk sayamenguruskan hal rumahtangga, menguruskan hal diri, menguruskan bisness, masa untuk berehat dan pelbagai lagi..



Lega rasanya, lapang sungguh dada apabila semuanya selesai.. Hanya fikir rutin harian saja.. Tak perlu memikirkan masalah-masalah lagi..  



Sedikit renungan...






gambar dari carian google





Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431
Facebook: Norazizainaini.

Monday, 14 October 2013

Dhias Shop House Online kini bersinar…

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdullilah..hari ini terluang sikit masa. Jadi boleh la nak update blog sikit. Kali ini nak bercerita tentang kewujudan blog Dhias Shop House Online kini telah mendapat tempat dihati pengguna.


Tadi saya cuba dalam carian google dengan menaip ‘DHIAS’ alhamdullilah, syukur Dhias Shop House telah berada dimuka pertama carian google iaitu berada ditangga ke-5. Sebelum ni Dhias Shop House Online berada entah dimuka berapa dalam carian google. Bukan senang nak cari Dhias Shop House Online sebab ramai yang menggunakan nama “Dhias” sebagai nama utk blog masing-masing.Alahamdullilah, walaupun masih setahun jagung dan segala ringtangan terpaksa ditempuhi setiap hari akhirnya membuahkan hasil jugak…Walaupun tak banyak, tetapi ada perubahan yang positif kira dah bersyukur bagi saya.




Mulai sekarang, saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai segala impian saya. Akan berusaha memperbaiki mutu pengurusan dan memberikan servis terbaik untuk menjadikan Dhias Shop House Online adalah gedung pilihan pelbagai produk buat pengguna diluar sana.. InsyaAllah..



Kejayaan ini juga ingin saya berkongsi dengan cikgu saya Pn.Zaila, pengasas group kami iaitu Asas Blog& Fanpage. Bagi sesiapa diluar sana yang berminat yang ingin berlajar cara asas membuat blog dan fanpage boleh la menghubungi beliau.. Pasti anda tidak akan dikecewakan… Atau anda boleh menghubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431

Saturday, 21 September 2013

TESTIMONI KELAS ASAS BLOG & FAN PAGE

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini adalah genap 2 bulan blog ini ditubuhkan. Alahamdullialh banyak perubahan dari segi isi kandungan dan tamplet blog ini sendiri dibangdingkan mula-mula ditubuhkan dulu. Macam tak percaya, akhirnya saya mempunyai blog sendiri. Tak pernah dalam minda saya terfikir untuk berblog sebelum ini. Malah tak tahu apa kegunaannya. Kini saya telah mengetahuinya serta seronok berblog. Satu hari kalo tak tengok godek-godek blog rasa hati tak tenang. ;)


Pada hari ini juga, saya ingin berkongsi kegembiran yang tak terhingga iaitu pada hari ini saya dikejutkan dengan sms dari cikgu kecik saya Wan Rokiah dengan berita yang cukup mengembiran iaitu blog saya berada tangga pertama dalam cariaan google mengenai Emorra Be Slymm. Sungguh tak disangka, akhirnya saya berjaya.





 Alahamdulliah dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan serta cikgu pengasas Asas Blog dan Fanpage iaitu Cikgu Zaila yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan banyak member sokongan kepada saya.
Kepada kawan-kawan terima kasih yang terhingga juga kerana banyak menolong serta memberi dorongan serta tips-tips yang amat berguna dikongsi bersama.


Alahamdullialh, saya mendapat cikgu yang baik serta bijaksana serta kawan-kawan yang setia menolong antara satu sama lain. Alahamdullilah, semoga hubungan ukwah yang erat ini akan memberi keberkatan dan mamajukan lagi perniagaan yang dijalankan.. amiin..



Kepada anada yang diluar sana yang berminat untuk menyertai kami, untuk berbisness dan belajar Asas Blog & Fanpage jangan segan-segan pm la saya. Selain dapat belajar, anda semua akan dapat meramaikan lagi dalam koleksi buku kenalan.. 


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431
Facebook: Norazizainaini.

Saturday, 7 September 2013

TESTIMONI KELAS ASAA BLOG & FANPAGE

TERIMA KASIH CIKGU ZAILA….


Jutaan terima kasih pada cikgu besar saya cikgu Zaila Mohamad kerana tidak pernah berputus asa dalam mengajar saya. Benda kecik pun saya tak tahu nak buat??? tetapi dia tak penah pinggirkan saya… dalam kesibukkan beliau melayan tugasan harian sebagai suri rumah dan cikgu kepada lebih sepuluh anak murid dia tetap membantu saya.


Cuba bayangkan saya tak tahu macamana nak log in blog untuk update…! Ada buku nota, dibuat air rebusan dah tu macamna nak pandaiiiii….??? Belajar hari ni, esok lupa.. Lusa Tanya cikgu balik.. Aiii… Malang sungguh… Tapi saya respek beliau, cikgu Zaila tak pernah mengeluh… kalau cikgu lain pasti saya dah kena pelangkung, karate kit dah..


Jutaan terima kasih cikgu.. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila… Semoga Kebaikan dan keiklasanmu dibalas dengan kebaikan. Amiin…

Cikgu Zaila terbaeeeekkk pernah saya jumpa… Pada kawan-kawan, suri rumah diluar sana yang berminat untuk bergurukan Cik Zaila Mohamad, berminat untuk berlajar asas membuat blog & fan page disamping boleh juga menambah pendapatan bisnes secara online macam saya, sila la menghubungi belliau di:



Email:zailamohamad@yahoo.com
sms/whatsapp:012-3228651
facebook : zaila mohamad
http://zailabinimdae.blogspot.com/


                              

                      Cikgu cute saya... maap cikgu, curik gambar...hehehe..

Friday, 16 August 2013

SABAR..


Sabar itu separuh dari iman…



*** Susah untuk Berjaya melainkan terus berusaha tanpa mengenal putus asa***



"Sabar... teruskan usaha..." 

Itula kata-kata semangat dari kawan- kawan dan cikgu yang tidak putus-putus 
membakar semangat kepada saya.. 

Tidak lupa juga suami tersayang yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada saya untuk lebih berusaha dan tidak mudah putus asa..

InsyaAllah, rezeki Allah sentiasa ada di mana-mana.. sedangkan cacing dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia yang dianugerahkan dengan akal dan fikiran yang lebih bijak dari makluk yang ada di dunia ini…






Berusaha!!!!!!    Teruskan usaha!!!!!!



















Wednesday, 7 August 2013

SALAM AL-MUBARAK...


Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadha Al-Mubarak..


Sedar tak sedar kita sudah pun berada dipenghujung Ramadhan.. Esok, kita akan menyambut kedatangan Aidlfitri. Bagi kanak-kanak, dah tak sabar menanti Aidilfitri. Nak pakai pakaian baru, menziarahi kawasan-kawan sambil mendapat duit raya.


Terasa sedih dan sayu untuk meninggalkan Ramadhan.. Adakah pada tahun ini aku betul-betul mengahayati dan meggunakan segala syafaat dibulan yang penuh keberkatan ini dengan sepenuhnya? Adakah akan berjumpa lagi Ramadhan untuk tahun hadapan dan seterusnya? Mula la buat calculation.. Itu lah lumrah hidup..datang dan pergi bila sampai masanya..


Andainya itu yang bermain di kepala, apa salahnya menggunakan Syawal untuk menampal balik apa yang kurang di bulan Ramadhan yang lalu dengan membuat puasa sunat 6 hari. Bolehlah memperindahkan lagi mutu ibadat yang kita telah kerjakan.. Hanya 6 hari puasa tetapi ganjarannya seperti setahun amalan puasa… Puasa ini lebih afdal dibuat sejurus selepas Hari Raya Pertama dan dilakukan enam hari berturut- turut..


Tak lupa juga, ada yang dah start fikir bila dapat gaji??? Lepas raya nak makan apa? Kena ikat perut la pulak…!! Aduuss.. Tidak perlu merasa sedemikian..Hari Raya hanya dating sekali je setahun.. Ntah tahun depan kite akan berjumpa lagi atau pun tidak, dapat akan merasai lagi keselesaan hidup seperti hari ini??

InsyaAllah, mari lah kita sama-sama muhasabah diri..


Sebarang Pertanyaan, sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431
Facebook: Norazizainaini.





Sunday, 4 August 2013

***SALAM AIDILFITRI.....***


Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi,

Dhias Shop House Online megucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma hanya beberapa hari lagi… Semoga raya tahun ini lebih bermakna dan lebih ceria buat semua yang dating melawat http://norazizainani.blogspot.com/ dan https://www.facebook.com/pages/Dhias-Shop-House-Online/278906055584737. Jutaan  terima kasih di atas sokongan anda semua… ;)

Bagi yang baru nak bermula perjalanan, semoga selamat sampai ke destinasi. Pandula dengan selamat ingatlah orang yang tersayang.. Jangan rushing-rushing tau..!
Bagi mereka tidak beraya dikampung atau kampung hanya di sekitar KL ni je, jangan bersedih.. Sambutl ah Aidilfitri ini dengan gembira juga.

Walau di mana kita berada, Aidilfitri tetap mesti disambut dengan gembira setelah sebulan mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan tibala masanya kita bergembira..

Semoga anda semua dicucuri rahmat dansentiasa diberikan kebahagian dan dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus dari Allah. InsyaAllah…,Amiin… ;)


Sila hubungi saya :

Facebook: Norazizainaini.

Sms@Wassap: 017-6671431




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...