NAK KURUSKAN BADAN...?

Wednesday 29 December 2021

RESEPI SAMBAL KICAP ORI MAMA.HEHEHE..

 Assalamualaikum wbt.


    Mama happy sangat...jadi nak share cara nak buat sambal kicap mabeles bagi tekak mama dengan papa la. Nama sambal kicap memang dah tak asing lagi.Ramai yang tahu buat sambil pejam mata je. Tapi bagi mama ini la resepi yang paling susah nak dapat. Nak capai level "sedap dan asli tekak jawa" tuuuu...rasanya lagi senang buat asam pedas lagi kot....πŸ˜‚πŸ˜‚

    Dah macam2 resepi mama gugel semua tak sedap kata papa. Mama pernah ciluk sambal kicap kawan opis bawak balik bagi papa rasa pun dia tak puji. Give up pun ada nak buat. "Alahaiii...sambal kicap je puunnnn..." Tapi yang tu la paling susah la bagi mama yang tekak pantai timur ni. Kalau tanya pasal budu tahu la mama nak buat resepi apa..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

    Nak jadikan cerita, terlintas nak tanya makcik. First trial resepi makcik terus dapat pujian..dia punya kembang tak payah cakap laaa....berbunga hati satu taman..Nak lompat sampai bintang tak sampai.Tido pun sambil senyum je malam tu. Hahahaha... 

    Papa memang suka sambal kicap ni. Mama takut lupa, sebab mama bukan selalu masuk dapur. Mood "M" selalu ON memanjang.. So,kita tepek la resepi dia kat sini. Supaya senang kot2 nak rujuk. Nak tanya makcik lagi takut dapat resepi kaki terbang pulak nanti πŸ˜†πŸ˜†

    Gambar mama ambil dari gugel. Sebab time anak sedang membesar ni semua telefon mama adalah kepunyaan anak2 semasa di rumah. Kalau mama larat, angkut la TV buat kegunaan mama. TV je yang tak kepunyaan oleh sesiapa.



Jom la kita tengok resepi mudah dia


Bahan-bahan

15 biji cili api (kalau cili pedas boleh kurangkan 9-10biji je)

2 ulas bawang putih (lebihan lagi best kata papa)

Sedikit air asam

Sedikit kicap Jalen (ikut selera nk byk kuah letak banyak). 


Cara membuatnya:

1.Tumbuk sampai halus cili api dan bawang putih. Kalau nak senang masuk blender je dan air asam. Kisar sampai halus

2.Keluarkan,masukakn ke dalam bekas

3.Masukkan kicap

4. Perasakan garam dengan gula ikut selera tekak


nota: Mama pakai kipas udang so,mama balancekan balik dengan garam dan gula ikut selera tekak mama.

Garam gula tu kalau dah pakai kicap manis tak perlu tambah gula lg dah. Terpulang pada tekak masing2 la.

                                                    Selamat Mencuba!!!!

Saturday 13 February 2021

RESEPI AYAM MASAK KICAP TEKAK PAPA

Asslamualaikum w.b.t.


Entri mama kali ini mama nak share ayam masak kicap pulak.

Sama seperti sambal kicap jugak, lauk kicap masakkan mama yang paling susah nak menjadi. Kalau ikut resepi keluarga belah mama senang je..tumis bawang masuk kicap settle.. Tapi orang jawa masak beria sikit la. Dah kahwin dengan papa baru mama tahu ada masak kicap best. Nasib baik menikah dengan papa kan..hahahaha....πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚

Jom tengok gambar dulu. Nampak best tak masak kicap mama?Haaaaa....best tau...sebab tu mama update resepi...papa makan tak da nak pandang mama dah..memamg dia suka masak kicap. Tapi mama yang selalu fail masak. Terima kasih cik noi sebab sudi berkongsi resepi. Kalau tak, tak tahu bila menjadi masak kicap mama walaupun katanya lauk "paling senang".





ok la kita ke resepi kita kali ini.

Bahan-bahan dikisar/ ditumbuk:

1 biji bawang besar

4 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu ketumbar

*boleh je pakai bawang dah siap blander, serbuk ketumbar dll tu.pandai2 la adjust nisbah dia


Bahan menumis:

Sedikit (1) kulit kayu manis

sedikit (2@3) bunga lawang

sedikit (5 biji) buah pelaga

sedikit (3) bunga cengkih -option


Bahan lain :

1/2 kg ayam potong kecik

1-2 biji cili merah belah 2

sedikit kicap Jalen lemak manis (oren-tak masin)

sedikit air asam jawa

sos cili -option untuk air asam utk pekatkan kuah

garam,gula,perasa


Cara masak:

1.Ayam disapu garam kunyit dan goreng jangan sampai garing sangat.

2.tumiskan bahan2 menumis sehingga naik bau

3. Masukkan bahan blander, kicap, air asam jawa, cili merh.masak sampai garing atau mendidih.

4. Masukkan ayam sesuaikan kuah nak bayak mana.kalau terlalu cair boleh masukkan sos cili sikit.

5. perasakan dengan garam, gula dan perasa.

6.Siap boleh hidang


                                                        SELAMAT MENCUBA!!!  πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Wednesday 6 January 2021

RESEPI KARI KEPALA IKAN MERAH MABELES..

Assalamualaikum wbt.


    Di sini mama nak share cara mama masak kari ikan untuk bacaan anak cucu sendiri nanti.kot2 la anak-anak mama nak test resepi mama. Nisbah bahan2 yang kena dengan tekak mama ketika ini...(ada sikit riak di situ.hahahaπŸ™ˆ). Paling busuk pun untuk rujukan mama yang banyak gatung kuali dari masak sendiri, Kalau dah jarang2 masuk dapur konfirm kena gugel jugak resepinya. Untuk rujukkan mama jugak la.hehehe😜😜

Gambar kari mama..tak best ke tengok? cuba la dulu resepi dia baru bagi komen..Papa duk ulang 2hari makan lauk ni tauuu...Papa tu dia tak makan lauk dipanaskan kan..tapi sedap punya pasal....πŸ˜…πŸ˜…




ok la jom tengok bahan dia. ni mama masak untuk ikan sekor bersaiz 1.5kg


Bahan-bahan:

1 ekor Ikan Merah (1.5kg) dicuci bersih dan dipotong

1 1/2 paket rempah kari ikan jenama O (saiz 25g)-nk pakai lain jenama pun boleh

sedikit air asam jawa

6-8 tangkai daun kari

1 1/2 cawan air coway (hehehe)

3/4 kotak santan KARA (kotak kecik 200ml)

1 sudu besar serbuk cili (mama pakai cili paprika apa yg ada)

sedikit minyak masak

7 biji Bendi

1 biji tomato dibelah 4


Bahan untuk dikisar atau ditumbuk:

1-2 biji bawang merah

1 biji bawang besar

3-4 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan untuk menumis:

1 biji bawang besar dihiris halus/mayang

2-3 biji bawah merah dihiris halus/mayang

3-4 ulas bawang putih  dihiris halus/mayang

1 camca teh halba (jika suka)


Cara masak:

1.Gaulkan 1 paket (25g) rempah kari dengan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit air. Jadikan sebagai pes dan ketepikan

2.Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dihiris serta daun kari. Goreng sehingga naik bau/kekuningan atau tengok la bawang tu dah layu kira ok la

3.Masukkan pes kita tadi dan serbuk cili masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana.

4.Masukkan air asam, garam,gula,perasa dan halba.

5.Masukkan satu setengah cawan air, santan. Tunggu sehingga mendidih

6. Masukkan ikan.tunggu sehingga masak


Masak kari ni macam masak lemak jugak..masak pagi,malam lagi best. Makin lama atau esok hari makan lagi best..sebab tak tahu la rempah2 dia makin serasi setiap kali dipanaskan kot.. πŸ˜†

                                    

                                                        Selamat Mencuba..!!




RESEPI SUP AYAM MAMA

 Assalamualaikum w.b.t buat anak2 mama..

    Kali ini mama nak simpan resepi sup ayam pulak. segala lauk masakan mama tulis ni mama untuk bacaan mama bila dah selalu sangat derhaka resepi nanti (mama memang kaki derhaka resepi lepas tu frust sebab dah tak best masak) πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. 

    Resepi dalam blog mama ni jugak untuk rujukkan anak mama kot2 la mama tak sempat nak ajar masak pada anak2 sekurangnya dah kahwin boleh la cuba resepi asli mama ni untuk juadah tekak suami. pastu pandai2 la olah mengikut tekak suami nanti yea.suka pedas,suka lebih masam semua... 

    Dalam blog mama, mama kongsi yang basic mama buat yang paling best untuk tekak mama dan tekak anak mama ketika ini. Nanti kamu dah besar, boleh la dijadi kenangan.Kamu semua cerewet tau bab makan. pening jugak mama nak penuhi taste sorang2.. πŸ˜“ Musim PKP ni la, baru mama berpeluang menunjukkan bakat terpendam mama untuk anak2.bangga kejap...hahahaha...

    Macam2 resepi cara orang masak kalau google..semua best2 tapi tengok tekak masing2 la..mama memang suka makan ikut cara mama. Dari zaman bujang lagi, suka kumpul resepi yang rasa mama best. Bila tulis kat kertas,pindah2 rumah hilang. Bila simpan dalam HP sampai masa tamat riwayat tak sempat nak save. Maka, mama tulis kat sini la

Ok, back tu resepi kita kali ini. kita tengok gambar rupa sup mama dulu la. Mama tak reti nak deko2 ni tapi itu la rupa asalnya sedap ke tak cuba la dulu..hehehehe




Jom tengok resepi dia pulak

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam dipotong kecil (ikut saiz tekak masing-masing)
2 paket rempah Sup Bunjut ADABI (kalau dulu 1paket je.zaman melinium dh kena letak 2 pek baru best.)
3 cawan air

Bahan untuk menumis

1 biji bawang besar (tumbuk/kisar)
4 biji bawang mearh (ditumbuk/kisar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar)
1 inci halia (diketuk)


Bahan lain:

4 biji bawang merah (dihiris/mayang)
2 biji kentang dipotong 4
1/2 biji lobak
Daun saderi (jika suka)
Daun sup dan bawang goreng segera pun boleh untuk hiasan
garam, gula(pantai timur katakan..) ,perasa (jika nak), 
serbuk lada hitam atau tumbuk lada hitam sedikit (jika nak pedas)
minyak untuk menumis

cara membuatnya:

1. tumiskan bahan2 yang ditumbuk/kisar sehingga naik bau
2.masukkan 3 cawan air atau agak2 tenggelam ayam
3.masukkan ayam dan ubi kentang. masak sehingga empuk. kaki ayam tu masukkan dulu sebab lambat empuk
4.sambil menunggu ayam empuk,panaskan kuali goreng bawang yg dihiris sampi sedikit garing dan ketepikan. kalau malas, ambil je sedikit bawang yg ditumis tadi asingkan sedikit.
5.ayam dah empuk, masukkan lobak merah, daun saderi, perasakan dengan garam, serbuk lada hitam, masukkan bawang yang digoreng tadi dan tunggu sehingga pecah minyak
6.tutup api,hidang dan taburkan daun sup,dau bawang dan bawang goreng

Nota:

boleh dimakan dengan sambal kicap johor,telur dadar.
kalau rasa nak pedas hangat boleh tambah lada hitam sikit dan perah asam limau. Mama tak letak sebab mama tak suka pedas..


                                                    Selamat Mencuba..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...