NAK KURUSKAN BADAN...?

Wednesday 29 December 2021

RESEPI SAMBAL KICAP ORI MAMA.HEHEHE..

 Assalamualaikum wbt.


    Mama happy sangat...jadi nak share cara nak buat sambal kicap mabeles bagi tekak mama dengan papa la. Nama sambal kicap memang dah tak asing lagi.Ramai yang tahu buat sambil pejam mata je. Tapi bagi mama ini la resepi yang paling susah nak dapat. Nak capai level "sedap dan asli tekak jawa" tuuuu...rasanya lagi senang buat asam pedas lagi kot....πŸ˜‚πŸ˜‚

    Dah macam2 resepi mama gugel semua tak sedap kata papa. Mama pernah ciluk sambal kicap kawan opis bawak balik bagi papa rasa pun dia tak puji. Give up pun ada nak buat. "Alahaiii...sambal kicap je puunnnn..." Tapi yang tu la paling susah la bagi mama yang tekak pantai timur ni. Kalau tanya pasal budu tahu la mama nak buat resepi apa..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

    Nak jadikan cerita, terlintas nak tanya makcik. First trial resepi makcik terus dapat pujian..dia punya kembang tak payah cakap laaa....berbunga hati satu taman..Nak lompat sampai bintang tak sampai.Tido pun sambil senyum je malam tu. Hahahaha... 

    Papa memang suka sambal kicap ni. Mama takut lupa, sebab mama bukan selalu masuk dapur. Mood "M" selalu ON memanjang.. So,kita tepek la resepi dia kat sini. Supaya senang kot2 nak rujuk. Nak tanya makcik lagi takut dapat resepi kaki terbang pulak nanti πŸ˜†πŸ˜†

    Gambar mama ambil dari gugel. Sebab time anak sedang membesar ni semua telefon mama adalah kepunyaan anak2 semasa di rumah. Kalau mama larat, angkut la TV buat kegunaan mama. TV je yang tak kepunyaan oleh sesiapa.



Jom la kita tengok resepi mudah dia


Bahan-bahan

15 biji cili api (kalau cili pedas boleh kurangkan 9-10biji je)

2 ulas bawang putih (lebihan lagi best kata papa)

Sedikit air asam

Sedikit kicap Jalen (ikut selera nk byk kuah letak banyak). 


Cara membuatnya:

1.Tumbuk sampai halus cili api dan bawang putih. Kalau nak senang masuk blender je dan air asam. Kisar sampai halus

2.Keluarkan,masukakn ke dalam bekas

3.Masukkan kicap

4. Perasakan garam dengan gula ikut selera tekak


nota: Mama pakai kipas udang so,mama balancekan balik dengan garam dan gula ikut selera tekak mama.

Garam gula tu kalau dah pakai kicap manis tak perlu tambah gula lg dah. Terpulang pada tekak masing2 la.

                                                    Selamat Mencuba!!!!

Saturday 13 February 2021

RESEPI AYAM MASAK KICAP TEKAK PAPA

Asslamualaikum w.b.t.


Entri mama kali ini mama nak share ayam masak kicap pulak.

Sama seperti sambal kicap jugak, lauk kicap masakkan mama yang paling susah nak menjadi. Kalau ikut resepi keluarga belah mama senang je..tumis bawang masuk kicap settle.. Tapi orang jawa masak beria sikit la. Dah kahwin dengan papa baru mama tahu ada masak kicap best. Nasib baik menikah dengan papa kan..hahahaha....πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜‚

Jom tengok gambar dulu. Nampak best tak masak kicap mama?Haaaaa....best tau...sebab tu mama update resepi...papa makan tak da nak pandang mama dah..memamg dia suka masak kicap. Tapi mama yang selalu fail masak. Terima kasih cik noi sebab sudi berkongsi resepi. Kalau tak, tak tahu bila menjadi masak kicap mama walaupun katanya lauk "paling senang".





ok la kita ke resepi kita kali ini.

Bahan-bahan dikisar/ ditumbuk:

1 biji bawang besar

4 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

1/2 sudu jintan manis

1/2 sudu ketumbar

*boleh je pakai bawang dah siap blander, serbuk ketumbar dll tu.pandai2 la adjust nisbah dia


Bahan menumis:

Sedikit (1) kulit kayu manis

sedikit (2@3) bunga lawang

sedikit (5 biji) buah pelaga

sedikit (3) bunga cengkih -option


Bahan lain :

1/2 kg ayam potong kecik

1-2 biji cili merah belah 2

sedikit kicap Jalen lemak manis (oren-tak masin)

sedikit air asam jawa

sos cili -option untuk air asam utk pekatkan kuah

garam,gula,perasa


Cara masak:

1.Ayam disapu garam kunyit dan goreng jangan sampai garing sangat.

2.tumiskan bahan2 menumis sehingga naik bau

3. Masukkan bahan blander, kicap, air asam jawa, cili merh.masak sampai garing atau mendidih.

4. Masukkan ayam sesuaikan kuah nak bayak mana.kalau terlalu cair boleh masukkan sos cili sikit.

5. perasakan dengan garam, gula dan perasa.

6.Siap boleh hidang


                                                        SELAMAT MENCUBA!!!  πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Wednesday 6 January 2021

RESEPI KARI KEPALA IKAN MERAH MABELES..

Assalamualaikum wbt.


    Di sini mama nak share cara mama masak kari ikan untuk bacaan anak cucu sendiri nanti.kot2 la anak-anak mama nak test resepi mama. Nisbah bahan2 yang kena dengan tekak mama ketika ini...(ada sikit riak di situ.hahahaπŸ™ˆ). Paling busuk pun untuk rujukan mama yang banyak gatung kuali dari masak sendiri, Kalau dah jarang2 masuk dapur konfirm kena gugel jugak resepinya. Untuk rujukkan mama jugak la.hehehe😜😜

Gambar kari mama..tak best ke tengok? cuba la dulu resepi dia baru bagi komen..Papa duk ulang 2hari makan lauk ni tauuu...Papa tu dia tak makan lauk dipanaskan kan..tapi sedap punya pasal....πŸ˜…πŸ˜…




ok la jom tengok bahan dia. ni mama masak untuk ikan sekor bersaiz 1.5kg


Bahan-bahan:

1 ekor Ikan Merah (1.5kg) dicuci bersih dan dipotong

1 1/2 paket rempah kari ikan jenama O (saiz 25g)-nk pakai lain jenama pun boleh

sedikit air asam jawa

6-8 tangkai daun kari

1 1/2 cawan air coway (hehehe)

3/4 kotak santan KARA (kotak kecik 200ml)

1 sudu besar serbuk cili (mama pakai cili paprika apa yg ada)

sedikit minyak masak

7 biji Bendi

1 biji tomato dibelah 4


Bahan untuk dikisar atau ditumbuk:

1-2 biji bawang merah

1 biji bawang besar

3-4 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan untuk menumis:

1 biji bawang besar dihiris halus/mayang

2-3 biji bawah merah dihiris halus/mayang

3-4 ulas bawang putih  dihiris halus/mayang

1 camca teh halba (jika suka)


Cara masak:

1.Gaulkan 1 paket (25g) rempah kari dengan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit air. Jadikan sebagai pes dan ketepikan

2.Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dihiris serta daun kari. Goreng sehingga naik bau/kekuningan atau tengok la bawang tu dah layu kira ok la

3.Masukkan pes kita tadi dan serbuk cili masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana.

4.Masukkan air asam, garam,gula,perasa dan halba.

5.Masukkan satu setengah cawan air, santan. Tunggu sehingga mendidih

6. Masukkan ikan.tunggu sehingga masak


Masak kari ni macam masak lemak jugak..masak pagi,malam lagi best. Makin lama atau esok hari makan lagi best..sebab tak tahu la rempah2 dia makin serasi setiap kali dipanaskan kot.. πŸ˜†

                                    

                                                        Selamat Mencuba..!!




RESEPI SUP AYAM MAMA

 Assalamualaikum w.b.t buat anak2 mama..

    Kali ini mama nak simpan resepi sup ayam pulak. segala lauk masakan mama tulis ni mama untuk bacaan mama bila dah selalu sangat derhaka resepi nanti (mama memang kaki derhaka resepi lepas tu frust sebab dah tak best masak) πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. 

    Resepi dalam blog mama ni jugak untuk rujukkan anak mama kot2 la mama tak sempat nak ajar masak pada anak2 sekurangnya dah kahwin boleh la cuba resepi asli mama ni untuk juadah tekak suami. pastu pandai2 la olah mengikut tekak suami nanti yea.suka pedas,suka lebih masam semua... 

    Dalam blog mama, mama kongsi yang basic mama buat yang paling best untuk tekak mama dan tekak anak mama ketika ini. Nanti kamu dah besar, boleh la dijadi kenangan.Kamu semua cerewet tau bab makan. pening jugak mama nak penuhi taste sorang2.. πŸ˜“ Musim PKP ni la, baru mama berpeluang menunjukkan bakat terpendam mama untuk anak2.bangga kejap...hahahaha...

    Macam2 resepi cara orang masak kalau google..semua best2 tapi tengok tekak masing2 la..mama memang suka makan ikut cara mama. Dari zaman bujang lagi, suka kumpul resepi yang rasa mama best. Bila tulis kat kertas,pindah2 rumah hilang. Bila simpan dalam HP sampai masa tamat riwayat tak sempat nak save. Maka, mama tulis kat sini la

Ok, back tu resepi kita kali ini. kita tengok gambar rupa sup mama dulu la. Mama tak reti nak deko2 ni tapi itu la rupa asalnya sedap ke tak cuba la dulu..hehehehe




Jom tengok resepi dia pulak

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam dipotong kecil (ikut saiz tekak masing-masing)
2 paket rempah Sup Bunjut ADABI (kalau dulu 1paket je.zaman melinium dh kena letak 2 pek baru best.)
3 cawan air

Bahan untuk menumis

1 biji bawang besar (tumbuk/kisar)
4 biji bawang mearh (ditumbuk/kisar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar)
1 inci halia (diketuk)


Bahan lain:

4 biji bawang merah (dihiris/mayang)
2 biji kentang dipotong 4
1/2 biji lobak
Daun saderi (jika suka)
Daun sup dan bawang goreng segera pun boleh untuk hiasan
garam, gula(pantai timur katakan..) ,perasa (jika nak), 
serbuk lada hitam atau tumbuk lada hitam sedikit (jika nak pedas)
minyak untuk menumis

cara membuatnya:

1. tumiskan bahan2 yang ditumbuk/kisar sehingga naik bau
2.masukkan 3 cawan air atau agak2 tenggelam ayam
3.masukkan ayam dan ubi kentang. masak sehingga empuk. kaki ayam tu masukkan dulu sebab lambat empuk
4.sambil menunggu ayam empuk,panaskan kuali goreng bawang yg dihiris sampi sedikit garing dan ketepikan. kalau malas, ambil je sedikit bawang yg ditumis tadi asingkan sedikit.
5.ayam dah empuk, masukkan lobak merah, daun saderi, perasakan dengan garam, serbuk lada hitam, masukkan bawang yang digoreng tadi dan tunggu sehingga pecah minyak
6.tutup api,hidang dan taburkan daun sup,dau bawang dan bawang goreng

Nota:

boleh dimakan dengan sambal kicap johor,telur dadar.
kalau rasa nak pedas hangat boleh tambah lada hitam sikit dan perah asam limau. Mama tak letak sebab mama tak suka pedas..


                                                    Selamat Mencuba..!!


Friday 27 April 2018

DHIAS PERFUME Inspired


Salam semua,

Alhamdullilah, setelah sekian lama menyepi hari ini diberi kesempatan untuk update blog. Saya memohon sejuta kemaafan kepada peminat setia Dhias Perfume kerana telah lama menyepi. Bukan telah tidak beroperasi, kami masih beroperasi. Order perfume tetap kami ambil tetapi kurang aktif untuk menguruskan hal-hal personal sedikit.
Pada entri saya kali adalah untuk memaklumkan bahawa Dhias Perfume telah beroperasi semula seperti biasa. InsyaAllah akan berterusan selagi tiada aral mendatang. Tolong doakan yea..
Sekarang kami open order untuk peminat-peminat untuk membuat pre-order atau ready stok. pelbagai stok jenama terkini yang masuk. boleh PM saya segera....😊😊




Kepada peminat yang belum tahu perfume DP, di sini saya update sedikit mengenai perfume kami.




Dhias Perfume telah lama diperkenalkan semenjak 2011. Perfume kami ini adalah perfume inspired yang dibancuh dan dibotolkan di Bandung dan diimport terus ke Malaysia.
Kualiti perfume kami adalah setanding dengan kualiti perfume yang original. Baunya yang mirip (90%) dengan perfume original. Menggunakan 60% pati dari swiss untuk menjamin ketahanan bau lebih 12 jam. Ianya lebih pekat, senang dibawa.

Dhias Perfume adalah selamat untuk solat. Kerana perfume kami menggunakan alkohol (ethanol) berasakan dari tumbuhan.




Terdapat lebih 100 jenis bauan dan 700 jenis bauan untuk pre-order bagi memudahkan peminat-peminat mendapatkan jenis perfume yang diingini tercapai.

Alhamdullilah, feedback positif dari customer kami dan telah banyak kali repeat order.






Kepada peminat-peminat semua, nantikan DP berwajah baru dan jenis bauan yang lebih terkini di dalam stok kami.

Berminat, Sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431

                                    
             


Thursday 25 June 2015

Pudding caremel with brown sugar..

Assamualaikum wbt.

Entri saya kali ni mengenai Desert Healthier puding caramel untuk my lovely kids en.asben tersayang...

Setiap tahun time bulan puasa menu desert kitorg puding caremel,buah melaka dan lengkong...atau agar2..hehehe... Desert ni wajib dibeli setiap kali puasa. Tapi tahun ini disebabkan harga makin naik nak cuba buat sendiri kat rumah..nak suruh en.suami rasa air tangan isteri pulak la... tahun lepas beli satu slice harga rm3.50. Belum GST lagi tu..Tahun ni mesti naik lagi atau portion mesti dikecilkan. Beli satu slice tak cukup...

Beberapa hari nak masuk bulan yang penuh barakah Ramadhan Al-Mubarak maka sibuk la saya mencari-cari resepi. Google dalam internet,tanya kawan-kawan bagai..maklumla..pertama kali nak buat..risau jugak tak jadi.walaupun ramai yang cakap pejam mata dah boleh siap tapi bagi saya macam nak buat kendurila dia punya persediaan awal.

Dah dapat resepi,boleh la start cari bahan-bahan..susu cair,esen vanila,telur,gula...tapi saya gunakan gula perang bukan gula putih.

Hari pertama buat puding menjadi tp manis macam lori gula terbalik dalam puding tu dan berlubang-lubang.Macam sarang kek gula hangus pulak...nasib baik tak tuang semua adunan tadi dalam loyang boleh la adjust-adjust.

Prinsip saya pegang,memasak ni pertama kali kite kena ikut je resepi yang ada. Lepas tu pandai-pandai korang la.. alter mengikut selera masing-masing... En.suami memang tak suka manis saya pulak made in pantai timur. Mula-mula kahwin berperang jugak la.. tapi dah lama kira dah boleh terima..hehehe...

Akhirnya puding caremel membuahkan hasil yang cukup membahagiakan... Setelah berperang dengan pelbagai perubahsuai resepi sndiri... En.suami siap puji best... siap suruh jual...(kebetulan bulan puasa tahun ni dia tolong kawan jual kat bazaar dan2 nak letak sekali puding yang wife dia masak. Test market katanya...)


nak tengok hasilnya..? Ta da...


Yang belum siap lagi.. tengah panas baru lepas dikukus



Ni la rupanya... healthy puding caremel saya untuk famili tersayang


Yang ni pulak untuk my kids la... Dia suka 'star'


Alhamdullilah... tercapai jugak akhirnya.. memang betula.. semudah pejam mata je apabila dah tahu... lepas ni boleh la buat lagi sambil pejam mata.






Thursday 11 June 2015

Mummylicious minuman susu kambing untuk semua peringkat umur

Mummylicious. ..susu kambing

Mummylicious. ..susu kambing + campuran bahan2 terpilih....minuman berkhasiat untuk seisi keluarga. ..untuk kanak2 & juga dewasa. ...
Ada 4 pilihan perisa:
Asli, vanila, coklat, strawbery....

Sedap & tidak hamis....insyaAllah. .. 









Mummylicious for kids untuk si manja anda....perisa asli....

 campuran bahan2 terpilih

Berminat, Sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...