NAK KURUSKAN BADAN...?

Wednesday, 7 August 2013

SALAM AL-MUBARAK...


Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadha Al-Mubarak..


Sedar tak sedar kita sudah pun berada dipenghujung Ramadhan.. Esok, kita akan menyambut kedatangan Aidlfitri. Bagi kanak-kanak, dah tak sabar menanti Aidilfitri. Nak pakai pakaian baru, menziarahi kawasan-kawan sambil mendapat duit raya.


Terasa sedih dan sayu untuk meninggalkan Ramadhan.. Adakah pada tahun ini aku betul-betul mengahayati dan meggunakan segala syafaat dibulan yang penuh keberkatan ini dengan sepenuhnya? Adakah akan berjumpa lagi Ramadhan untuk tahun hadapan dan seterusnya? Mula la buat calculation.. Itu lah lumrah hidup..datang dan pergi bila sampai masanya..


Andainya itu yang bermain di kepala, apa salahnya menggunakan Syawal untuk menampal balik apa yang kurang di bulan Ramadhan yang lalu dengan membuat puasa sunat 6 hari. Bolehlah memperindahkan lagi mutu ibadat yang kita telah kerjakan.. Hanya 6 hari puasa tetapi ganjarannya seperti setahun amalan puasa… Puasa ini lebih afdal dibuat sejurus selepas Hari Raya Pertama dan dilakukan enam hari berturut- turut..


Tak lupa juga, ada yang dah start fikir bila dapat gaji??? Lepas raya nak makan apa? Kena ikat perut la pulak…!! Aduuss.. Tidak perlu merasa sedemikian..Hari Raya hanya dating sekali je setahun.. Ntah tahun depan kite akan berjumpa lagi atau pun tidak, dapat akan merasai lagi keselesaan hidup seperti hari ini??

InsyaAllah, mari lah kita sama-sama muhasabah diri..


Sebarang Pertanyaan, sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431
Facebook: Norazizainaini.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...