NAK KURUSKAN BADAN...?

Friday, 15 November 2013

Minggu penuh dengan ujian dan dugaan… Episod 2


Belum pun sempat nak tarik nafas lega untuk aktiviti yang penuh mencabar yang telah dilalui, saya menerima panggilan dari kakak ipar tentang kematian pakcik… Arwah bagi kami adalah ayah kepada keluarga besar kami. Jika arwah dah cakap itu, maka adik-adik,anak-anak,anak-anak saudara,cucu-cicit akan akur dengan kata-kata arwah…Dalam keadaan yang masih terkejut dan blur- blur tu, saya menelefon en.suami suami… Di luar kawasan pulak… Setelah mendail beberapa kali akhirnya berangkatla telefonnya..

Setelah meletakkan telefon saya perlahan-lahan masuk bilik dan berkemas. Hanya mengambil beberapa helai pakaian untuk saya dan en.suami saya beralih pula mengemas pakaian puteri kami. Untuk puteri kami saya, saya memgambil hampir semua pakaian yang ada (baju cantik-cantik tak banyak pun…). Biar lebih, jangan tak cukup.. pampes, semua angkut.. takut nanti susah nak ke kedai.. orang lain sibuk menguruskan kematian saya sibuk nak bershoping pulak nanti… Untuk menggelak perkara itu berlaku, baik bawa lebih bukan kena angkat pun, hanya masuk dalam perut kereta je.. Tidak lupa juga, kelengkapan mandiaan..senang kalau nak menyinggah mana-mana nak mandi boleh terus mandi. Dah siap kemas, en.suami pun sampai tanpa berlengah-lenggah,suami pun memasukkan barang-barang yang saya siapkan tadi ke perut kereta. Kami pun bertolak balik ke Johor. Hujan lebat pulat pada hari itu menyukarkan perjalanan kami. Penglihatan hanya jarak dekat. Tak apa la, biar lambat asal selamat…

Sampai sahaja di perkarangan rumah arwah, ramai saudara mara dan jiran tetangga   berkumpul di llluar rumah.. Hati terasa sayu.. Jenazah pun sudah sampai dah siap mandi dan dikafankan dari hospital. Alahamdulillah, kerja kami dipermudahkan kerana saudara kebanyakkan tinggal berjauhan.
Lepas solat Isyak majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan bacaan surah yasin. Majlis bacaan yasin diteruskan oleh saudara mara secara bergilir-gilir sehingga ke larut malam sambil menunggu seorang lagi anak kepada arwah yang masih belum sampai.

Pada keesokkan, majlis tahlil dan solat jenazah dilakukan. Selesai, arwah dikebumikan bersama-sama dengan saudara yang lain di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah.

Suasana menjadi sayu dan sunyi. Dalam fikiran saya pelbagai soalan sedang bermain-main,menginsafi, menghitung amalan yang telah lakukan. Adakah aku menghampiri jalan ke syurga?? atau jalan ke neraka?? mintak simpang la malaikat 44...




Adakah aku sudah bersedia untuk mati..?? Adakah amalan aku sudah mencukupi untuk bekalan aku di akhirat??? Adakah Allah menerima segala amalan aku selama ini? Bila giliran malaikat datang menjemput nyawa akku pula?? Pelbagai soalan, membuatkan diriku insaf..

Sebelah malam majlis tahlil untuk arwah dilangsungkan. Alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar. Selepas majlis kami terpaksa meninggalkan rumah arwah untuk meneruskan perjalanan hidup kami.







Yang masih hidup ini kena teruskan hidup sambil mensedekahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada yang telah pergi mengadap Illahi..



Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Semoga arwah diringankan siksa kubur dan di akhirat hendaknya.. Amiin. Al-Fatihah…



gambar dari google search






Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431
Facebook: Norazizainaini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...