NAK KURUSKAN BADAN...?

Thursday 20 November 2014

TIPS SIHAT DARI DHIAS SHOP HOUSE part 1

Di sini saya ingin berkongsi khasiat beras perang dengan pembaca-pembaca. Selain saya sendiri telah mencubanya sendiri.. Tips ini ada 2 part.

Khasiat beras perang

Kebiasaan orang Asia tidak dapat lari daripada mengambil nasi sekali gus menjadikan nasi makanan ruji sama ada untuk hidangan pagi, tengah hari atau malam.

Namun ramai tidak tahu antara beras putih dan perang, beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita jamah.
Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.

Oleh sebab itu, keba-nyakan kita lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempu-nyai tekstur agak kasarIa dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.


Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.

Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandu-ngan serat yang terkandung di dalamnya membuatkanproses penghadaman menjadi lebih mudah.

Nantikan sambungannya di sini

Berminat, Sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...