NAK KURUSKAN BADAN...?

Wednesday, 26 November 2014

TIPS KESIHATAN DHIAS SHOP HOUSE part 2

Bertemu lagi kita...

Untuk part 2 ni,saya nak sambung lagi mengenai beras perang yang belum habis pada part 1.

Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

Beras perang menjadi pilihan yang tepat sebagai menu yang boleh membantu pesakit kencing manis.

Walaupun beras perang kurang digemari ramai kerana rasanya yang kurang enak berbanding beras biasa, khasiatnya amat bernilai berbanding beras putih.

Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanserusus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.

Untuk kesihatan, cuba amalkan mencampurkan beras biasa dan segenggam beras perang setiap hari dan nikmati kebaikannya.

Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Berminat, Sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...