NAK KURUSKAN BADAN...?

Sunday, 16 November 2014

Dah lama betul tak update blog. Hampir setahun jugak lamanya..

Menjadi pekerja disiang hari,suri rumah di malam hari satu tugas yang amat berat untuk dipikul. Tetapi hidup mesti diteruskan demi sesuap nasi dan meringankan beban keluarga yang saban hari makin meningkat.

Kenaikan taraf hidup,harga barang makin naik mendesak kita supaya berusaha lebih. Bukan sahaja untuk menambah ekonomi keluarga malah taraf kesihatan keluarga pun turut diutamakan..

Saya ingin berkongsi petua kesihatan dengan anda. Nak kata ada banyak petua pun tak ada la sangat.. dari pembacaan dan pengalaman je.

Anda tahu khasiat beras perang?
Sebelum ini saya tak ambil port sangat pasal beras ni.. yang penting beras tu mengenyangkan dan murah. Tapi bila dah berkeluarga,umur pun dah makin meningkat kesedaran mengenai kesihatan perlu la ada..

Bermula dengan en.suami la.. Dia yang beria nak beli beras perang tu.. Katanya beras ni bagus. Harga pun tak la mahal sangat. Saya layankan saje..

Makan beras ni memang cepat kenyang. Sesuaila bagi sesiapa yang nak berdiet. 3,4 bulan layan beras ni ramai yang menegur en.suami dah nampak kurus. Nak kata dia selalu bersenam, tak pernah nampak pun. Alhamdullilah.. walaupun kita tak berkesempatan untuk bersenam namun kita masih lagi dapat menjaga kesihatan dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Nak tahu lebih lanjut mengenai beras ini, sila la tunggu catatan saya seterusnya.. Untuk baby pun juga sesuai tau...


Berminat, Sila hubungi saya:


Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431
Fanpage:Dhias-Shop-House-Online


.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...