NAK KURUSKAN BADAN...?

Wednesday, 6 January 2021

RESEPI KARI KEPALA IKAN MERAH MABELES..

Assalamualaikum wbt.


    Di sini mama nak share cara mama masak kari ikan untuk bacaan anak cucu sendiri nanti.kot2 la anak-anak mama nak test resepi mama. Nisbah bahan2 yang kena dengan tekak mama ketika ini...(ada sikit riak di situ.hahaha๐Ÿ™ˆ). Paling busuk pun untuk rujukan mama yang banyak gatung kuali dari masak sendiri, Kalau dah jarang2 masuk dapur konfirm kena gugel jugak resepinya. Untuk rujukkan mama jugak la.hehehe๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Gambar kari mama..tak best ke tengok? cuba la dulu resepi dia baru bagi komen..Papa duk ulang 2hari makan lauk ni tauuu...Papa tu dia tak makan lauk dipanaskan kan..tapi sedap punya pasal....๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…




ok la jom tengok bahan dia. ni mama masak untuk ikan sekor bersaiz 1.5kg


Bahan-bahan:

1 ekor Ikan Merah (1.5kg) dicuci bersih dan dipotong

1 1/2 paket rempah kari ikan jenama O (saiz 25g)-nk pakai lain jenama pun boleh

sedikit air asam jawa

6-8 tangkai daun kari

1 1/2 cawan air coway (hehehe)

3/4 kotak santan KARA (kotak kecik 200ml)

1 sudu besar serbuk cili (mama pakai cili paprika apa yg ada)

sedikit minyak masak

7 biji Bendi

1 biji tomato dibelah 4


Bahan untuk dikisar atau ditumbuk:

1-2 biji bawang merah

1 biji bawang besar

3-4 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan untuk menumis:

1 biji bawang besar dihiris halus/mayang

2-3 biji bawah merah dihiris halus/mayang

3-4 ulas bawang putih  dihiris halus/mayang

1 camca teh halba (jika suka)


Cara masak:

1.Gaulkan 1 paket (25g) rempah kari dengan bahan2 yang ditumbuk tadi dengan sedikit air. Jadikan sebagai pes dan ketepikan

2.Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dihiris serta daun kari. Goreng sehingga naik bau/kekuningan atau tengok la bawang tu dah layu kira ok la

3.Masukkan pes kita tadi dan serbuk cili masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana.

4.Masukkan air asam, garam,gula,perasa dan halba.

5.Masukkan satu setengah cawan air, santan. Tunggu sehingga mendidih

6. Masukkan ikan.tunggu sehingga masak


Masak kari ni macam masak lemak jugak..masak pagi,malam lagi best. Makin lama atau esok hari makan lagi best..sebab tak tahu la rempah2 dia makin serasi setiap kali dipanaskan kot.. ๐Ÿ˜†

                                    

                                                        Selamat Mencuba..!!




No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...