Assalamualaikum wbt.
Mama happy sangat...jadi nak share cara nak buat sambal kicap mabeles bagi tekak mama dengan papa la. Nama sambal kicap memang dah tak asing lagi.Ramai yang tahu buat sambil pejam mata je. Tapi bagi mama ini la resepi yang paling susah nak dapat. Nak capai level "sedap dan asli tekak jawa" tuuuu...rasanya lagi senang buat asam pedas lagi kot....ππ
Dah macam2 resepi mama gugel semua tak sedap kata papa. Mama pernah ciluk sambal kicap kawan opis bawak balik bagi papa rasa pun dia tak puji. Give up pun ada nak buat. "Alahaiii...sambal kicap je puunnnn..." Tapi yang tu la paling susah la bagi mama yang tekak pantai timur ni. Kalau tanya pasal budu tahu la mama nak buat resepi apa..πππ
Nak jadikan cerita, terlintas nak tanya makcik. First trial resepi makcik terus dapat pujian..dia punya kembang tak payah cakap laaa....berbunga hati satu taman..Nak lompat sampai bintang tak sampai.Tido pun sambil senyum je malam tu. Hahahaha...
Papa memang suka sambal kicap ni. Mama takut lupa, sebab mama bukan selalu masuk dapur. Mood "M" selalu ON memanjang.. So,kita tepek la resepi dia kat sini. Supaya senang kot2 nak rujuk. Nak tanya makcik lagi takut dapat resepi kaki terbang pulak nanti ππ
Gambar mama ambil dari gugel. Sebab time anak sedang membesar ni semua telefon mama adalah kepunyaan anak2 semasa di rumah. Kalau mama larat, angkut la TV buat kegunaan mama. TV je yang tak kepunyaan oleh sesiapa.
Jom la kita tengok resepi mudah dia
Bahan-bahan
15 biji cili api (kalau cili pedas boleh kurangkan 9-10biji je)
2 ulas bawang putih (lebihan lagi best kata papa)
Sedikit air asam
Sedikit kicap Jalen (ikut selera nk byk kuah letak banyak).
Cara membuatnya:
1.Tumbuk sampai halus cili api dan bawang putih. Kalau nak senang masuk blender je dan air asam. Kisar sampai halus
2.Keluarkan,masukakn ke dalam bekas
3.Masukkan kicap
4. Perasakan garam dengan gula ikut selera tekak
nota: Mama pakai kipas udang so,mama balancekan balik dengan garam dan gula ikut selera tekak mama.
Garam gula tu kalau dah pakai kicap manis tak perlu tambah gula lg dah. Terpulang pada tekak masing2 la.
Selamat Mencuba!!!!