NAK KURUSKAN BADAN...?

Thursday, 7 November 2013

Minggu penuh dengan ujian dan dugaan… Episod 1


Seminggu anak demam panas.. seribu kerisauan.. Setiap malam dan setiap masa anak dipantau.. takut kalau-kalau demamnya makin melarat. Tambah pulak sekarang musim denggi. Dalam minggu ini sahaja seramai 3 orang dah kena denggi berdarah. Hampir setiap minggu kawasan sekitar rumah difogging.. Nasib baik puteri mama ni tetap aktif main, makan pun berselera walaupun kurang dari biasa. Hati kecil boleh la mengurut lega sedikit.

Alahamdullilah, seminggu berakhir, demam puteri kesayanganku itu dah beransur kurang. Kini hati dah boleh mengurut lega…

Kini minggu seterusnya giliran saya pula demam panas… tak apa la, biarla sendiri sakit asal anak sihat. Kalau tidak setiap saat hati akan merasa siksa. Kali ini demam agak berpanjangan..digandingkan selesema yang tak reti nak sembuh.. aduss… nak buat kerja kat ofis pun susah.. asyik sok sek, sok sek… Demam kali ini saya terpaksa bekalkan ubat ke ofis. Dalam seumur hidup, tak pernak bekalkan ubat ke ofis. Memang betul-betul tak larat. Balik rumah mesti terus berbaring ke katil.. nasib baik anak tak merenggek-renggek macam biasa…

Bukan setakat anak je yang liat nak makan ubat, mama dia pun sama..hehehe.. Rasa demam dah nak kurang sikit maka, keluarlah tanduk tak nak makan ubat… nasib baik dah tua-tua ini ubat untuk antibiotic dah tak dibekalkan. Kalau tidak, jenuh nak dihabiskan…

Lepas mama dah dapat kekuatan je sikit dari demam, anak buat pulak perangai nak bertukar bulan.. Pantang mama tak ada dipandangannya mesti menjerit-jerit macam kena pukul. Asyik nak suruh berkepit dengan dia, kena duk golek- golek dengan dia. Nak ke tandas pun tak boleh.. aduhaiii anak.. sabar je la mama.. hanya mampu menunggu en. suami balik atau sesiapa yang datang ke rumah baru la mama boleh bergerak…


Time ni jugak dia start melasak.. panjat sana, turun sini, kemas sana, kemas sini, jatuh,terhantuk dah perkara biasa baginya. Sebelum ini sempatla jugak nak menyambut jika nampak dia nak jatuh tapi sekarang dah tak larat nak mengejar.



Kemas anak mama, kemas la.. mama tak marah... urut je la dada ni...







Biarkan je dia nak buat apa asal dia tak luka berdarah. Semua tu dalam proses pembelajaran dia. kalau dijaga sangat pun tak boleh jugak.. nanti jadi anak yang manja pulak...

Rumah dah macam tongkang 10 bijik pecah dah.. nasib baik en. suami tak bising melihat keadaan rumah berselerak tu.. Dia faham puterinya sedang berlajar. Dia sendiri pun dah tengok dan hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum… asal tak menangis tak apa la…

Sekian je catatan kali ini... ;) 




Sila sms@whatsapp ke : 017-6671431


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...