NAK KURUSKAN BADAN...?

Wednesday, 7 August 2013

SHOPING TIME...


  Bermulala episode baru saya dan suami menyambut Syawal pada tahun ini.. Dengan kehadiran insan yang istimewa dalam hidup saya dan suami iaitu puteri kami yang pertama. Memberikan seribu makna dan perubahan dalam hidup saya dan suami. Tahun lepas, saya menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang. Tetapi tahun ini, tambah seorang lagi ahli dalam keluarga iaitu buah hati pegarang jantung kami Dhia Qaisara.. ;)



 Penat bershoping untuk puteri kami sehingga terlupa pakaian untuk badan sendiri.. hahaha..maklum la, pertama kali shoping untuk anak sendiri…belum ini shoping untuk adik-adik je. Seronok menjamu mata memilih pakaian Dhia. Semua cantik-cantik… Harga pun cantik jugak..walaupun tertera less 30%, 50%, 70%.. Tetapi mak aii, hampir RM100 jugak sehelai.. Nasib baik raya setahun sekali je. Kalau tidak, mau botak kepala..Sehelai baju Dhia dua helai baju sendiri.. Tak apa la..hati mama bahagia memandang anak mama berhari raya dengan baju baru yang cantik-cantik walaupun mama pakai pakaian tahun lepas pun tak pe la…



 3 hari 3 malam kami bershoping.. Macam borong sakan..tapi tidak pun..tengok orang beratur nak membayar panjang, kitorg pun patah balik..rasa tak sanggup nak menunggu giliran..nasib baik si budak kecik tu tak buat perangai macam duduk kat rumah… malah, dia syok plak tengok orang ramai, lampu-lampu, suasana yang meriah…tiba masa dah letih sangat, dengan sendiri dia melentok dalam poket kangaroonya (carrier).. Kesian pulak tengok.. mama shoping sampai tak ingat dunia..






Sila Hubungi saya jika terluang di:

 Facebook: Norazizainaini.
Sms@Wassap: 017-6671431


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...